Teori Tenaga Gelombang Dan Prinsip Minimum Minimus (Minimum Dos)

Dos yang minute meningkatkan kuasa penyembuhan adalah satu prinsip dalam perubatan Homoeopathy, satu doktrin yang tidak logik mengikut pandangan ahli pharmakologi alopati.Doktrin ini menjadikan satu kelebihan dalam perubatan Homeopathy kerana ubat alopathy tidak dapat menandingi penawar homeopathy, kerana kekuatan ubat alopati akan meningkat kuasa penyembuhannya dengan meninggikan dosnya atau kepekatan bahan aktifnya dan kesan sampingannya juga akan bertambah termasuk kesan toksik dan corrosivenya.

Banyak kajian makmal telah dijalankan bagi membuktikan kesan parmakologi dos minute . Floray melaporkan Penicillin yang melalui pencairan 1: 50 000 hingga 1: 100 000 memberi kesan gangguan ke atas pertumbuhan mikroorganisma invitro.Pada pencairan 1: 250 000 ia memberi kesan ke atas morfologi Streptococci. Tubuh manusia mengeluarkan 50 hingga 100 ppm Thyroksin setiap hari dan kepekatan hormon dalam badan yang normal ialah 10 000 ppm dalam plasma darah . Ini menunjukkan pada potensi bawah dari 12 C penawar Homeopathy masih boleh memberi kesan pharmakolgi. Penawar Homeopathy pada potensi yang kurang daripada 12 C bekerja mengikut prinsip teori ini

Mengikut teori Avogadro , bilangan molekul bagi 1 gram mol adalah 6.0253 X 1023 .Ini B

bermakna pada pencairan melebihi 1023 tiada lagi wujud 1 molekul bahan penawar lagi.Ahli pharmakologi alopathy menggunakan hujah ini bagi mempertikaikan bagaimana penawar Homeopathy pada potensi melebihi 12 C atau pencairan melebihi 1023 masih boleh memeberi kesan treupathic.

Penemuan kesan succssion ke atas perubahan tenaga gelombang.

Kuasa ubat homeopathy terletak pada pelarut atau mediumnya bukan pada bahan larut atau bahan aktifnya. Beberapa penyelidikkan menunjukkan wujudnya kesan succssion ke atas pelarut.

Wurmser dan Loch menyelidik kesan pencairan mikro ke atas panjang gelombang dan keamatan cahaya dari sumber yang tetap.Mereka menapis cahaya melalui celah yang bukaannya 380A0 hingga 4200 A0 kemudian dilalukan ke atas larutan tertentu.Perubahan dikesan menggunakan sel fotoelektrik.Mereka mendapati perubahan ukuran dikesan ke atas larutan Taraxacum dan Aesculus pada pencairan 24 X hingga 30 X.

Gay dan Boiron mendapati angkatap dielektrik air suling berubah pada larutan Natarium klorida pada pencairan 27 C. Stephenson dan Bruc mengulangi kajian Gay dan Boiron dengan menggunakan mekuri klorida pada pencairan 1 X hingga 33 X. Mereka mendapati angkatap dielektrik larutan tersebut berubah pada nilai 5.83 hingga 3.70 unit.

Boericke dan Smith menggunakan teknik Rensonan magnetic nuklear atau NMR,untuk mengkaji perbezaan 87% Alkohol, larutan 12 X sulfur dengan disertai proses succssion pada setiap peringkat pencairan dan larutan 12 X sulfur tanpa succession.Mereka mendapati terdapat perbezaan antara larutan kedua (sulfur 12 X dengan proses succession) dengan larutan pertama dan ketiga. Mereka menyatakan “ some form of energy is imparted by succussion to a homeopathic drug, resulting in slight change of the alcohol in these dilutions.There is a structural change in the solvent as the potency is made from the tincture to a higer dilution when the solvent is 87% alcohol”.

Mengikut teori gelombang, inteferance membina secara berganda akan berlaku secara berterusan bila penawar dipotensikan.Pengoncangan yang cergas (vigorous succssion) menyebabkan gelombang penawar mengalami superposisi yang berulang setiap goncangan dan amplitudnya juga terus bertambah mengikut nilai siri pencairannya.

Peningkatan tenaga dalam cecair yang dipotensikan boleh dijelaskan dengan konsep rensonan dan interferan membina. Rensonan berlaku bila suatu sistem bergetardengan frekuensi aslinya. Ketika berlaku rensonan amplitud getaran sistem adalah maksimum dan tenaga yang dipindahkan juga menjadi maksima. Bila pelarut digoncang dengan secara cergas (vigrous) ia akan mengalami rensonan. Sementara goncangan yang berulang-ulang menyebabkan geombang penawar yang terbentuk dalam cecair tersebut mengalami superposisi interferance membina secara berganda. Dengan demikian tenaga yang terkandung dalam cecair yang dipotensikan terus meningkat dengan nilai potensinya.

Mengikut teori kuantum, tenaga yang dibebaskan oleh gelombang pada suatu amplitud yang tetap sebagai E = hf di mana h adalah angkatap planck dan f adalah frekuensi gelombang tersebut. Menakala tenaga yang dipunyai oleh gelombang pula berkadar terus dengan ganda dua amplitudnya, atau E berkadar terus dengan a2, di mana a adalah amplitud gelombang.

Proses potentiation menyebabkan berlakunya peningkatan amplitud gelombang akibat interferance membina serta rensonan gelombang remedies. Kesan peningkatan amplitud gelombang ini seterusnya meningkatkan tenaga atau daya penyembuhan suatu penawar homeopathy atauremedies.

0 comments:

Post a Comment

 
MM HOMEOPATHY CENTRE © | Designed by Shuk12ie, in collaboration with Blogger