Prinsip-prinsip Homeopati , Satu Penjelasan.

Pendahuluan

Perubatan Homeopathy diperkenalkan oleh seorang Doktor German, Dr.Samuel Hahnemann (1753- 1843). Beliau mendapat sarjana MD pada umur 24 tahun dan bertugas sebagai Doktor bedah di Hospital Dresden . Pengalamannya sebagai seorang doktor terhadap amalan perubatan pada ketika itu menjadikan beliau berasa simpati terhadap pesakit. Pesakit terpaksa menderita kerana pembedahan yang tidak perlu dan prosedur lain bagi merawat penyakitnya.

Sekitar tahun 1790 beliau menemui kaedah rawatan Homeopathy berdasarkan kesan kulit kayu cinchona. Cinchona adalah ubat untuk merawat demam malaria. Beliau mendapati cinchona menimbulkan kesan simptom seperti demam malaria bila dimakan dengan kuantiti dos yang banyak oleh orang yang sehat. Bertolak dari sini beliau telah mengkaji lebih 360 ubat yang diuji ke atas dirinya dan pada tahun 1796 beliau telah menerbitkan doktrin homeopathy. “SIMILIA SIMILIBUS CURENTER” ATAU “LIKE CURE LIKE”. Doktrin ini menyatakan; “Suatu ubat dalam dos minima akan menyembuhkan semua simptom atau penyakit yang ia keluarkan jika dimakan dengan kuantiti yang banyak oleh orang yang sihat”. Satu doktrin yang menjadi kontroversi dalam sistem perubatan moden.

Homeopathy terus berkembang secara saintifik dan bilangan penawar yang buat proving menjangkau ribuan angkanya. Penulisan reporatory yang sistematik turut dilakukan di serata kes-kes yang dilakukan rawatan. Pegamalannya berkembang diserata dunia sehingga kini. Di Malaysia ia dipelopori oleh Dr Burhanuddin Helmi sekitar tahun 1940 di Singapura ketika itu. Negeri Johor terdapat seorang pengamal Homopathy yang tersohor, Allahyarham Prof Dr Mohammed bin Yacob yang meninggal dunia pada tahun 2007.

Teori Gelombang dan Prinsip Similimum

Gelombang dihasilkan oleh satu sistem yang bergetar.Terdapat berbagai-bagai jenis gelombang yang dikenali dalam dunia sains seperti gelombang bunyi, gelombang-gelombang elektromagnet, gelombang air dan lain-lain. Benda-benda hidup mempunyai tenaga atau vital force juga memancarkan sejenis gelombang yang dinamakan bio cosmic patern.

Gelombang akan memindahkan tenaga yang menyebabkan ia bergetar, tenaga yang dipindahkannya bergantung kepada amplitud dan frekuensinya. Tenaga yang dipindahkannya semakin meningkat bila amplitud dan frekuensi gelombang bertambah tinggi. Amplitud gelombang ialah sesaran maksimum gelombang dari titik keseimbangan paksi getarannya dan Frekuensi gelombang adalah bilangan getaran lengkap gelombang dalam satu saat.

Semua gelombang mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu boleh dipantulkan, dibiaskan, dibelaukan, rensonan dan interferan. Sifat interference dan rensonan gelombang adalah konsep yang diguna dalam proses penyembuhan dan penyediaan remedies dalam perubatan Homeopathy.

0 comments:

Post a Comment

 
MM HOMEOPATHY CENTRE © | Designed by Shuk12ie, in collaboration with Blogger