Cabutan nota Allahyarham Prof. Dr Mohamed Yacob.

PENYAKIT BATU KARANG ( Gall – Stone Or Biliary Calculus )

Penyakit ini disebabkan tidak menjaga tabiat makan yang baik dan juga akibat daripada serangan bakteria ( semasa demam kepialu dan lain –lain ) , lendir hempedu ( bile ) menjadi pekat dan berkeladak di pundi hempedu menjadi batu berupa karang . Perempuan yang selalu berpuasa atau menjadi tabiat makan pada masa yang tidak tertentu dan di samping itu mempunyai penyakit sembelit kerap mendapat penyakit ini . Ada kalanya pesakit tidak sedar batu karang ini telah berada di dalam tubuhnya . Pada pesakit lain batu karang ini menimbulkan rasa memulas , radang / membengkak ataupun adakalanya bernanah .

RAWATANNYA : -
CALCAREA CARB . 30
Tiap – tiap 15 minit diberi makan dalam masa 3 jam

BERBARIS VULGARIS Q – 30
Tiap – tiap 20 minit sekiranya tidak membawa kelegaan atau kesembuhan .penawar – penawar lain yang baik digunakan ialah CHINONANTHUS Q , HYDRASTIS Q 30 dalam potensi 30 – 1M ,

BELLADONNA 3X – 30 , ARSENICUM ALB . 3X – 30 , DIOSCOREA Q , CHELIDIONIUM 3 – 30 , CARDUUSMARINUS 2X – 30 , GALSEMIUM 1X – 30 , MAGNESIA PHOS . 3X .
Dimakan dengan air panas biasanya akan mendatangkan kesembuhan yang sangat baik .

CHOLESTRINUM 200c – 1M
Cuba penawar ini yang kebiasannya membawa kesembuhan .

UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT INI BERULANG :-

CHINA Q – 200
Banyak kenyataan telah didapati dari ahli – ahli perubatan ini sangat baik digunakan penawar ini untuk mencegah penakit karang ini berulang semula . DR . THAYER mengesyorkan penawar CHINA dimakan tiap – tiap hari kelima atau hari keenam . Sesudah itu sebulan sekali . Pada doktor – doktor homeopathy yang lain pula melalui pengalaman mereka penawar – penawar ini baik digunakan untuk mencegah berulang semula penyakit tersebut CHELIDONIUM , CARDUUS MARDUS .

Pesakit mestilah menjaga makan dan minum . Jauhkan daripada makan berlebihan atau mengambil minuman yang berkanji , lemak – lemak dan garam kalsium serta gula . Banyakkan minum air .

0 comments:

Post a Comment

 
MM HOMEOPATHY CENTRE © | Designed by Shuk12ie, in collaboration with Blogger