Interference gelombang.
Bila dua gelombang yang coheren bertemu dan bertindih ia akan membentuk superposisi. Coheren ialah dua gelombang yang mempunyai frekuensi dengan fasa atau beza fasa yang tetap. Paduan amplitud gelombang pada titik superposisi adalah sama dengan jumlah vektor sesaran setiap amplitud gelombang.
Interferen membina akan berlaku bila kedua-dua puncak gelombang bertemu dan satu amplitud paduan lebih besar akan dihasilkan.Interferen memusnah akan berlaku bila puncak gelombang bertemu dengan jurang gelombang dan amplitud paduan menjadi sifar.
Bio cosmic pattern atau gelombang tenaga hayat
Benda hidup membebaskan satu jenis bentuk tenaga yang dinamakan vital force atau tenaga hayat. Vital force atau tenaga hayat membezakan antara benda yang hidup dengan benda mati. Tenaga hayat membolehkan jasad yang hidup menentang serangan dan gangguan perubahan luarnya seperti aktiviti bakteria atau fungus.Kuantiti tenaga ini pada seorang yang sihat sentiasa tetap. Keadaan ini ditunjukkan melalui suhu badan seorang. Bagi sesaorang yang sehat suhu badan adalah 37 oC dan ia akan naik atau menurun bila berlaku gangguan kesihatannya.
Vital force menghasilkan getaran yang mempunyai frekuensi dan panjang gelombang yang tetap. Amplitud gelombang ini akan berubah bila jumlah tenaga dalam sistem jasad itu berubah. Gelombang yang dihasilkan ini dikenali sebagi bio cosmic pattern. Bila sesaorang mengidap penyakit jumlah tenaga hayatnya akan berubah dan amplitud bio cosmic patternnya juga akan turut berubah. Untuk mengembalikan kesihatannya maka jumlah vital force atau tenaga hayatnya perlu dikembalikan pada kuantiti yang asal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment